Selasa, 24 Januari 2012

HUKUM WUDUK

Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:
       Wajib

·         Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
         Sunat

·         Ketika hendak mandi wajib

·         Hendak membaca al Quran, hadis dan buku

·         Ketika hendak tidur

·         Ketika marah
Fardu Wuduk

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:

 Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib

Menurut Mazhab Hambali

Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu semua kepala
  5. Membasuh dua kaki
  6. Tertib
  7. Berturut-turut

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali


Ahad, 22 Januari 2012

kelebihan wuduk

Perkara sunat ketika berwuduk

 Membaca auzubillahhimilsaitunirujim.
 Membaca bismillahirahmahnirahim.
 Membasuh tangan hingga kepegelang tangan.
 Berkumur-kumur.
 Membasuh air kedalam hidung dan menghebuskan.
 Menyebut lafaz niat wuduk dan menghadap kiblat.
 Menyelati air kecelah-celah jari tangan ,kaki, misai dan janggut.
 Menyapu air bahagian kepala.
 Membasuh kedua-dua telinga.
 Mendahuluai anggota sebelah tangan.
 Membasuh anggota wuduk sebanyak 3 kali.
 Membaca doa selepas wuduk.

Perkara makhruh wuduk

 Membelakangi kiblat ketika berwudu.
 Memdahulukan membasuh anggota kiri.
 Berlebihan ketika menggunakan air.
 Bercakap-cakap semasa berwuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk

Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
Tidur yang tidak tetap punggung.
Hilang akal sebab mabuk.
Bersentuh kulit lelaki dan perempuan bukan mahram.
Menyentuh kemaluan diri sendiri.

Perkara haram bagi orang tiada wuduk
• Solat fardu atau solat sunat.
• Tawaf fardu atau tawaf sunat.
• Menyentuh, memegang dan membawa Al-Quran.

Hikmah wuduk
 Mendapat keredhaan Allah .
 Jiwa sentiasa tenang dan bersih.
 Dijauhi daripada penyakit.
 Terhindar daripada kekotoran.

cara-cara berwuduk yang betul

Isnin, 9 Januari 2012

KEISTIMEWAAN AIR WUDUK


ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW) bersabda:

“Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).

ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW) bersabda:

“Seseorang sentiasa dianggap seperti dalam keadaan solat asalkan dia tidak berhadas,” Seseorang bertanya, “Apakah erti hadas itu Abu Hurairah?”. “Buang angin,” jawab Abu Hurairah (Hadis Riwayat Bukhari).

Humran bekas hamba Uthman bin Affan mengatakan Uthman bin Affan meminta sebaldi air bagi berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air lalu berkumur-kumur dan membersihkan hidung, dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan air itu semula.

Seterusnya dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh dua tangannya hingga siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia berkata, Rasulullah berpesan, “sesiapa yang berwuduk sepertiku ini, kemudian solat (sunat wuduk) dua rakaat dengan khusyuk, pasti diampuni dosanya yang lalu,” (Hadis Riwayat Bukhari) - DIPETIK DARIPADA BUKU DIARI HIDUP RASULULLAH (SAW).

Selain itu tahukah anda keistimewaan air wuduk?

- Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.

- Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah

Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.

- Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik

Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Samasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.

- Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.

Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh dni sekitar kulit.Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan.

- Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.

Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.


wuduk juga bukan saja hanya ketika solat berwuduk juga sekalian manusia pada waktu ketika hendak tidur. Jadi sebelum tidur hendaklah berwuduk seperti :

Dari Al-Barra' bin Azib r.a. mengatakan bahawa Nabi saw bersabda kepadanya: "apabila engkau hendak tidur, berwuduk lebih dahulu seperti wuduk untuk solat. Sesudah itu berbaring ke kanan, dan bacalah: "Ya, Allah! Ku bserahkan diri ku kepada Engkau, ku serahkan segala urusanku kepada Engkau, aku berlindung diri kepada Engkau dengan pengharapan (beroleh kebaikan) dan takut (mendapat seksa); tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan, hanyalah kepada Engkau. Ya, Allah! Aku percaya dengan Kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.' Kalau kamu mati malam itu, maka kamu mati dalam Islam. Dan jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraanmu (tidak berkata-kata lagi sesudah itu)."


Ahad, 8 Januari 2012

doa wuduk dan selepas wuduk

wudhu Pictures, Images and Photos



NIAT AMBIL WUDHU'

"sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala".



DOA SELEPAS WUDHU'

MAKSUDNYA : 

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.





Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)